Kusut dan Jiwang, Inc.


Mari menaiki trak penunda dengan percuma!
December 10, 2008, 7:27 pm
Filed under: Uncategorized

Semalam buat pertama kalinya aku menaiki trak penunda lebuhraya. Kali ni di lebuhraya pantai timur yang telah aku lalui beratus kali sejak 4 tahun lepas.

Puncanya: suhu enjin (betul ke suhu enjin?) naik. Memula rasa macam aircon panas. Nak kata hari panas terik tak jugak; macam scene LOTR ada laa… bila tengok meter,  itu jarum sudah sampai merah. Aku dengan konfiden (tapi takut) pun signal kiri, pastu berenti kejap kat laluan kecemasan.

Oleh kerana degil tak sabar, beberapa minit pastu aku start enjin balik, off aircon, dan bergerak ke hadapan dengan harapan kereta tu sempat sampai hentian Gambang.

Sampai kat Petronas Gambang, enjin kereta shut down ngam ngam kat tempat isi angin. Terer jugak aku membajet heheh…

Dengan nasihat Dina Jones, callman separuh masa, aku pun telepon LPT meminta bantuan. Lepas sejam, pakcik tu pun datang, sangkutkan kereta aku (yang bersepah gila, dan dah 3 bulan tak cuci) dan hantar kitorang ke exit Gambang.

Dina Jones yang dah tunggu kat situ dengan sunglass polarized dia pun memulakan langkah-langkah assessment. Konklusinya, radiator kering sebab radiator head sudah bocor.

Untuk menjimatkan kos (tow truck exit Gambang - Kuantan RM150 - 200! Harga moisturising gel Clinique 125 ml oke!), Dina Jones isi air penuh-penuh, pastu suruh aku bawak pelan-pelan ke bengkel aircon terdekat (tak sampai 10 km dari situ).  Aku dengan konfiden lite lite pun bawak la kereta itu dengan sopannya.

Sampai sana, aku malas nak taip dah, jadi aku letak gambar je lah, because a picture is worth a thousand words (*merasa student buat assignment 5000 words letak 5 gambar nanti…)

Enjin keretaku. Macam gambar dalam majalah Kereta kan? (jgn bagi ezmil baca).

Radiator yang buat hal. Anak panah menunjukkan bahagian yang rosak.

 

 

 

Bahagian dalam yang dah retak dan pecah-pecah. Benda ni buat daripada fiber glass, jadi cuma tahan 6-7 tahun (Dina Jones & mamat ponen pomen tu kata. aku iyakan aje lah). Moralnya, sesapa yang ada kereta berumur 6 tahun ke atas, tengok-tengok la radiator head (betul ke tu?) korang.

Lama gak tunggu pomen tu tukar benda2 tu, jadi aku pegi beli kebab melawati kat pasar malam depan bengkel. Nampak sedap kan? Kalau lapar, apa-apa pun sedap.

Akhir cerita, aku abis RM230 bayar kat pomen tu. Sampai rumah dah pukul 5 petang. Malam tu, untuk menghilangkan kusut, aku mengabiskan duit lagi sekali dengan makan Sushi King (set yang paling murah je)…




2 Comments so far
Leave a comment

You’re very lucky Mar! :) Nasib baik ada hamba Allah yg singgah & tolong you. Anyway, you tak hantar servis kereta you ke? Normally if you nak juga drive (bila enjin dah panas), depan kereta selalunya akan terbakar. Serious! :P
Bah! Pengajaran kpd semua pemilik kereta (I takde lesen but consider ada kereta…heheheheheee), hantar la kereta anda for checking every 3 to 6 mths. Take care Mar. Miss you tau!

   DJ Selina Light 12.10.08 @ 8:58 pm

tukar radiator la, guna besi hehehe

   Paival 12.11.08 @ 10:59 pm



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>